Perutusan Pegawai Daerah Sibu
Salam sejahtera kepada semua...
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur di atas kejayaan membina laman web ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pentadbir Laman Web dan semua pihak yang terbabit dalam membina laman web ini .Sesungguhnya dengan adanya laman web ini membuktikan kita juga tidak ketinggalan di dalam arena perkembangan teknologi maklumat yang kian pesat membangun pada masa kini.
Objektif pembinaan laman web ini adalah bagi memudahkan saluran maklumat dapat di sampaikan dengan lebih cepat dan berkesan khasnya kepada orang ramai yang inginkan maklumat terkini seperti aktiviti, hal-ehwal semasa dan sebagainya. Di samping itu, pembinaan laman web ini adalah sebagai satu titik permulaan ke arah menjadi sebuah pejabat daerah yang berkomunikasi teknologi maklumat iaitu ICT.
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam pembinaan laman web ini. Usaha anda semua adalah amat dihargai. Sekian, terima kasih.
"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"
"AN HONOUR TO SERVE"
(WEE TECK MIN)
Pegawai Daerah Sibu