Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

250 peserta jayakan program AgriCOP di Rh Juckine Saing

Posted on 02 Nov 2020
Source of News: Utusan Borneo

 Allan merasmikan projek perparitan Rumah Juckine Saing berjumlah RM350,000 di bawah agensi pelaksana JPS yang telah siap pada 2017.PROJEK RAKYAT: Allan merasmikan projek perparitan Rumah Juckine Saing berjumlah RM350,000 di bawah agensi pelaksana JPS yang telah siap pada 2017.

KANOWIT: Lebih 250 peserta menyertai program AgriCOP anjuran Jabatan Pertanian Daerah Kanowit di Rumah Juckine Saing, Nanga Jagoi baru-baru ini.

Majlis penutupan program tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Allan Siden Gramong.

Allan dalam ucapanya memuji usaha Jabatan Pertanian Daerah Kanowit menganjurkan program tersebut yang sudah pastinya dapat membantu meningkatkan hasil dan pendapatan penduduk luar bandar.

“Penganjuran program seumpama ini membolehkan para peserta mendapat maklumat dan penerangan tentang pertanian,” jelasnya.

Katanya, pameran daripada pelbagai agensi kerajaan juga boleh membantu para peserta mendapatkan maklumat.

Pada majlis tersebut, Allan turut merasmikan sambutan ulang tahun ke-64 Jublie Intan Rumah Juckine Saing.

Beliau turut merasmikan projek perparitan Rumah Juckine berjumlah RM350,000 di bawah agensi pelaksana Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (JPS) yang telah siap pada 2017.

Selain itu, Allan turut mengumumkan bantuan baik pulih Rumah Juckine berjumlah RM200,000.

Beliau juga menghulurkan sumbangan peribadinya sebanyak RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Juckine dan memberikan tiga anak pokok durian Musang King kepada setiap pintu rumah panjang tersebut.

Hadir sama ialah bekas ADUN Machan Datuk Gramong Juna, Setiausaha Politik Ketua Menteri Petrus Igat Mathias, Pegawai Daerah Kanowit Kathreen Lalai dan Pegawai Penguasa Jabatan Pertanian Daerah Kanowit Nickolas Jati.



Undian
Pengumuman