Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

Golongan muda di rumah panjang digalak sertai Bomba Komuniti

Disiarkan pada 09 Jun 2023
Sumber Berita: Utusan Borneo
Pihak bomba memberikan tunjuk ajar mengenai penggunaan alat pemadam api dengan betul semasa program tersebut.
Pihak bomba memberikan tunjuk ajar mengenai penggunaan alat pemadam api dengan betul semasa program tersebut.

SIBU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) amat menggalakkan golongan muda di rumah-rumah panjang menyertai Bomba Komuniti dalam usaha pencegahan kebakaran.

 

Ketua JBPM Zon 4 Sibu Andy Alie berkata, melalui konsep Bomba Komuniti ini ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di peringkat rumah panjang akan diserap untuk menjadi ahlinya.

"Untuk makluman, bomba telah lama mengamalkan konsep 'fire safety' dan menubuhkan jawatankuasa bagi memberi respons awal sewaktu atau sebelum kebakaran.

"Salah satu konsep yang diamalkan oleh bomba adalah Bomba Komuniti, di mana JKKK di peringkat rumah panjang itu sendiri akan diserap untuk dijadikan sebagai bomba komuniti," ujarnya kepada pemberita pada Program Kesedaran Pencegahan Kebakaran di Rumah Joseph Abet, Bawang Assan hari ini.

Program sempena Sambutan Hari Keselamatan Sedunia Shell dianjurkan bersama oleh tiga syarikat minyak pelincir Shell di Sarawak iaitu KTS, Sri Minyak Tenaga dan Quantum Evershine.

 

Menurut Andy, Bomba Komuniti ini akan menjalani latihan yang dianjurkan oleh balai-bali bomba terdekat dan antara latihan yang dlaksanakan adalah ceramah kesedaran berkaitan dengan keselamatan kebakaran, tatacara pemadaman api dapur atau yang melibatkan lokasi atau api yang kecil.

"Kebanyakan Bomba Komunti di rumah panjang ini memang kita galakkan golongan muda.

"Ini kerana aktiviti atau latihan lebih menggunakan kekuatan fizikal.

"Jadi kita amat menggalakkan supaya anak muda yang berada di rumah panjang untuk turut menyertai Bomba Komuniti ini," jelasnya.  

Pengerusi penganjur program, Kevin Lau dalam ucapannya berkata, Shell adalah sebuah syarikat antarabangsa yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan tanggungjawab dalam memastikan semua berada dalam keadaan selamat.

 

Oleh itu katanya, sempena sambutan Shell juga mengambil kesempatan bersam pihak bomba menganjurkan taklimat mengenai pencegahan kebakaran dan juga cara untuk mengendali alat pemadam api.

"Marilah kita sama-sama memikul tanggungjawab ini dan melalui Shell kita terus mewujudkan masyarakat yang prihatin, aman dan majmuk," ujarnya.



image Undian
image Pengumuman