Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

Farley Sibu anjur Peraduan Mewarna Kanak-Kanak 2023 pada 17 Julai

Disiarkan pada 27 Jun 2023
Sumber Berita: Utusan Borneo
Sie (kanan) dan Yeo menunjukkan kepada pemberita hadiah yang bakal dimenangi.


Sie (kanan) dan Yeo menunjukkan kepada pemberita hadiah yang bakal dimenangi.

SIBU: Pasar raya Farley Sibu menganjurkan Peraduan Mewarna Kanak-Kanak 2023 pada 17 Julai depan, bermula jam 8 pagi di premisnya di Jalan Salim, di sini.

Eksekutif Sumber Manusia Farley Sie Sing Ying berkata, hadiah bernilai lebih RM20,000 menanti pemenang.

"Semua kanak-kanak layak menyertai pertandingan itu," katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Farley Yeo Soon Teck.

Beliau berkata, peserta boleh mengambil borang penyertaan di Kaunter Kad Farley, Sibu atau mengimbas kod QR.

Peraduan ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Kumpulan A Darjah 4-6 (10-12 tahun), Kumpulan B Darjah 1- 3 (7-9 tahun) dan Kumpulan C Tadika (5-6 tahun).

Juara bagi setiap kategori akan memenangi hadiah wang tunai RM888, naib juara menerima RM488 dan tempat ketiga mendapat RM388.

Setiap daripada mereka juga akan mendapat hadiah berupa basikal pelbagai jenama.

Terdapat juga hamper setiap seorang untuk 10 pemenang sagu hati dan 10 hadiah lagi sebagai anugerah insentif.

Setiap peserta juga akan mendapat hadiah percuma dan Danone Dumex adalah penaja utama acara.

Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 10 Julai.



image Undian
image Pengumuman