RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist turut mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022.
Seramai empat pelajar sekolah berjaya mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 ialah Fion Soh Jia Xi (4A,1A-), Florence Lee Xin Ci (4A), Faustina Hii Jyu En (4A) dan Hii Siew Qi (4A).
Calon lain yang turut cemerlang ialah Cheng Jung Tat, Sharon Ho Kah Yee, Joyce Ting Chiew Ni, Steven Nee Zhi En, Norfahimi Abdullah Norhim, Benerdety Lucy Saing, Christina Wong Shu Ni, Dayang Nur Isfawati Abang Ismail dan Juliana Yong Yii Han.
Lydia Ting Mei Qi, Edison Wang, Gabriel Chan Sing Ong, Claudia Nalu Leo, Audreyline Ezra Rosslly Rangkar, Wesley Kiung Xiang Zhe, Aileen Sia Shu Ting, Umie Julieta, Jacky Chua Wee Teck, Olivia Lovinna Dilang, Bau Kher Bing dan Clement Teu Pui Cheng.
Seramai 79 calon SMK Methodist mengambil peperiksaan STPM 2022 dan seramai 84.87 peratus pelajar lulus peperiksaan.
Sementara itu, mata pelajaran yang mendapat 100 peratus lulus ialah Biologi, Fizik, Matematik, Kimia dan Pendidikan Seni.
SMK Rosli Dhoby turut mencatatkan keputusan cemerlang apabila empat calon STPM berjaya mendapat PNGK 4.00.
Mereka ialah Long Yan Ching, Aiereen Ho, Juliana John dan Olivianna Tomee Mustapha.
Turut cemerlang ialah Auni Umairah Zinurain, Nayah Inyeng, Ling Kuok Lang, Sharon Lau Ying Ying, Jessity Charlie, Lydia Sandum, Nafisa Nanie, Rosalinda Effendi, Asmira Bovina Ngitar, Catalina Rumpang, Freddy Dell Michael dan Marianye Cristie Tiong Awang.