Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

Program Mobilisasi SATRIA dijayakan 50 peserta

Disiarkan pada 19 Sep 2023
Sumber Berita: Utusan Borneo
Para peserta program Program Mobilisasi SATRIA merakam kenangan di air terjun Batu 62, Selangau pada Sabtu lepas.
Para peserta program Program Mobilisasi SATRIA merakam kenangan di air terjun Batu 62, Selangau pada Sabtu lepas.

SIBU: Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan kerjasama Kelab Belia Jalan Lanang Sibu telah melaksanakan Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2/2023 di air terjun Batu 62, Selangau dekat sini pada Sabtu lalu. 

Seramai 50 peserta menjayakan program ini yang dimulai dengan taklimat ringkas daripada Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu Morni Ibrahim.

Menurut Morni, program ini bertujuan menyediakan platform kepada belia melaksanakan aktiviti/program kesukarelawanan/kemanusiaan secara sistematik dan teratur tanpa mengira bangsa dan agama dalam melaksanakan tugas-tugas kesukarelaan. 

Di samping itu juga katanya, program ini secara tidak langsung dapat mendidik dan menggalakkan belia untuk menceburi dunia kesukarelawanan dan kemanusiaan secara lebih profesional pada masa akan datang.

"Program ini juga mendapat kerjasama yang jitu daripada Kelab Belia Komuniti Pelugau Ulu Balingian (PEKUBA), Kelab Belia Iban Mansang Bawang Assan serta disambut baik juga sukarelawan daripada Universiti Teknologi Sarawak (UTS) yang sentiasa berganding bahu dalam menjayakan setiap program yang dilaksanakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu," jelasnya.

 

Program dimulakan dengan acara 'plogging' sekitar air terjun, disusuli dengan acara rekreasi serta diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu Nur Fatheen Khairuzan Seleman.



image Undian
image Pengumuman