RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
SIBU: Warga asing terutama dari China yang ingin melawat Sibu boleh memohon visa elektronik melalui eVISA.
Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak Davies Julot berkata, permohonan dalam talian adalah pilihan paling mudah untuk mereka memasuki negara ini.
"Visa itu adalah visa kemasukan tunggal untuk tinggal selama 30 hari di negara ini. Mereka boleh memohon eVISA dari mana-mana sahaja di dunia kecuali Israel, Malaysia, Korea Utara dan Singapura.
"Mereka tidak perlu pergi ke kedutaan atau konsulat untuk memohon eVISA. Bagi permohonan yang diluluskan, mereka mesti mengisi butiran penting dan melampirkan dokumen berkaitan.
“Adalah sama penting bagi mereka menyemak syarat kemasukan dan semua spesifikasi sebelum memohon eVISA,” katanya pada sesi dialog bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sibu (SCCCI) di sini hari ini.
Dialog anjuran SCCCI itu diadakan untuk membincangkan isu berkaitan polisi visa dan masa tinggal dibenarkan untuk warga asing di negara ini.
Menurut Setiausaha Agung SCCCI Kong Hian Khim berlaku insiden berkaitan visa membabitkan pelawat dari China datang ke Sibu menghadiri majlis sambutan persatuan tempatan.
"Selepas bermalam beberapa malam di Sibu, mereka pergi melawat Bintulu dan Miri. Mereka hanya sedar mereka sudah tinggal lebih masa apabila mahu terbang ke Kuala Lumpur," jelasnya.
Mengenai perkara ini, Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak Ghaiazari Mohamad Ali menjelaskan pengunjung China tiba secara berkumpulan biasanya diberi tempoh 30 hari di tempat masuk.
“Tetapi bagi individu, masa penginapan bergantung kepada tujuan lawatan. Semuanya dalam prosedur operasi standard (SOP) kami.
"Kami juga meminta untuk melihat tiket pulang mereka bagi mengetahui berapa lama mereka ingin tinggal di Sibu atau Sarawak.
“Contohnya, jika mereka tiba hari ini dan tiket pergi balik mereka menyatakan 30 Oktober, kami memberi mereka hanya tujuh hari untuk tinggal di Sibu.
"Tetapi kita tetap perlu ikut SOP. Contohnya untuk lawatan pertama mereka kita beri mereka tempoh maksimum tinggal iaitu 30 hari.
“Lawatan kedua, kita bagi mungkin dua minggu dan lawatan ketiga, kita layan mereka 'Notis Not-To-Land' (NTL) atau hanya tujuh hari tinggal tertakluk kepada budi bicara," katanya.
Ghaiazari berkata, notis NTL hanya diberikan jika mereka mengesyaki pelawat itu mempunyai niat melanggar visa dengan bekerja di Sibu.
Mengenai perkara sama, Kong mencadangkan jabatan itu menyediakan lorong khas untuk pelawat China di Lapangan Terbang Sibu dengan Persatuan Kutien Sibu merancang meraikan ulang tahun ke-95 mereka pada Disember depan.
Beliau berkata, ramai ahli Kutien dari China dijangka menyertai sambutan itu.
“Pembentukan lorong khas menyebabkan barisan panjang di kaunter imigresen kerana halangan bahasa,” jelasnya.
Untuk itu, pegawai imigresen mencadangkan kepada mereka agar menulis surat rasmi supaya mereka boleh membuat pengaturan awal.
Turut hadir pada sesi itu ialah Presiden SCCCI Datuk Lau Cheng Kiong.