Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Sekolah Menengah Tung Hua Sibu menang anugerah emas Pertandingan Koir Antarabangsa Choral Eisteddfod

Posted on 08 Nov 2023
Source of News: Utusan Borneo
Pasukan koir SMK Tung Hua merakamkan gambar kenangan sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Sibu, pada petang Isnin.
Pasukan koir SMK Tung Hua merakamkan gambar kenangan sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Sibu, pada petang Isnin.

SIBU: Pasukan koir Sekolah Menengah Tung Hua, Sibu mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi anugerah emas pada Pertandingan Koir Antarabangsa Choral Eisteddfod (MCE ICF) yang berlangsung dari 2 hingga 5 November di Kuala Lumpur. 

Pasukan La Speranza yang terdiri daripada 27 orang pelajar itu bertolak ke Kuala Lumpur pada 2 November lalu.

Guru pengiring, Tang Yew Hwang ketika ditemui berkata, sebanyak 118 buah pasukan dari 11 negara telah mengambil bahagian.

"La Speranza mempersembahkan dua buah lagu iaitu Come Where The Lilies Bloom dan Setia. Pasukan koir kami dipimpin oleh konduktor Alex Lau Kiew Kong.

"Ini adalah satu perjalanan yang menarik dan mencabar. Ini adalah kaedah yang sesuai dalam membina jati diri pelajar,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu, pasukan itu tiba di Lapangan Terbang Sibu dari Kuala Lumpur, pada petang Isnin.

Kepulangan mereka telah disambut pengetua SMK Tung Hua, Goi Nguok Yew dan Setiausaha Lembaga Pengurusan Sekolah Kapitan Ting Tien Tiong.



image Undian
image Pengumuman