Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

picture

News

 

PETROS agih bubur Asyura di tiga lokasi di Sibu

Posted on 25 Mar 2024
Source of News: Utusan Borneo
Ismail (lima kanan) merakam kenangan bersama jawatankuasa penyediaan bubur Asyura di Surau Darul Islam, Sibu hari ini.
Ismail (lima kanan) merakam kenangan bersama jawatankuasa penyediaan bubur Asyura di Surau Darul Islam, Sibu hari ini.

SIBU: Sebanyak 1,000 bekas bubur Asyura diagihkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) di Surau Darul Islam, Kampung Bandung dan Dataran Tun Tuanku Bujang di sini, hari ini.

Ketua Hubungan Luar PETROS Sally Sheriza Ahmad berkata, pengagihan ini sempena program 'Sinei Sinei Petros Bersama Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak' 2024.

"Kita akan mengagihkan 1,000 bekas bubur Asyura kepada orang ramai di Surau Darul Islam, Kampung Bandung dan Dataran Tun Tuanku Bujang," jelasnya ketika ditemui pemberita hari ini.

Program itu akan dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee.

Turut hadir ialah Naib Presiden Pengupayaan Sumber Manusia dan Perhubungan PETROS Ismail Said.



picture Undian
picture Pengumuman