RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
IBU: Orang ramai dijemput menghadiri ceramah khas sempena Easter bertajuk 'Penanggal in the Ancient Text of Testament of Solomon' yang akan berlangsung pada 29 April di Hab Inovasi Digital Sibu (SDIH) bermula jam 2 petang hingga 3 petang.
Ceramah tersebut akan disampaikan Tetuan Father Charly Simon yang juga merupakan Pengarah Runding Institute of Sarawak dan Pengurus SDIH.
Beliau juga ahli bertauliah Chartered Member of Educational Assessor, United Kingdom.
Ceramah tersebut bakal menyentuh pertembungan antara demonologi purba dan cerita rakyat Asia Tenggara, dengan tumpuan khusus kepada kisah ‘Penanggal’ serta kaitannya dalam teks kuno ‘Testament of Solomon’.
Penyertaan adalah terbuka kepada orang ramai.
Untuk menyertai, peserta boleh mengimbas kod QR yang tertera atau mendaftar melalui pautan https://form.jotform.com/250849414476465