Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Barisan artis PARISA meriahkan Bazar Gawai Dayak PLGFC

Posted on 05 May 2025
Source of News: Utusan Borneo Online

SIBU: Bazar Gawai Dayak di Medan Selera Taman Tasik Permai (PLGFC) di sini dimeriahkan dengan persembahan barisan artis-artis dari Persatuan Artis Iban Sarawak (PARISA), malam tadi.

Menurut Pengerusi PARISA Kaunselor Augustine Merikan antara artis-artis yang terlibat ialah Toddy, Rem Jana, Angela Lata Jua, Lerry Silas, Mary Kadom, Alo Jana dan ramai lagi.

"Ini merupakan program kami sempena dengan penganjuran Bazar Gawai Dayak PLGFC yang diketuai pengerusi jawatakuasanya Veronica Blankat.

"Sebanyak 12 gerai terlibat dalam bazar ini dimana la gerai menjual makanan dan empat menjual minuman," katanya kepada pemberita.

Augustine yang merupakan koordinator bazar dan PLGFC di bawah Majlis Perbandaran Sibu (MPS) berkata, bazar itu dibuka dari jam 4 petang sehingga jam 10 malam.

Jelasnya, bazar tersebut yang bermula sejak 1 Mei lalu akan berakhir pada 10 Mei ini.

"Di sini, bazar menjual pelbagai makanan tradisional Dayak harus dikunjungi warga Sibu untuk merasai keenakan makanan kami. 

"Namun produk yang dijual semuanya tidak halal tetapi kita mempunyai satu gerai yang menjual makanan halal," ujarnya lagi.

Menyentuh mengenai program PARISA, beliau memberitahu, selain dari persembahan artis, sesi karaoke turut diadakan, terbuka kepada pengunjung bagi memeriahkan lagi bazar kali ini.

"Bermula 1 hingga 10 Mei ini, bazar ini tidak akan sunyi kerana tiap-tiap malam ada persembahan sama ada hiburan dan kebudayaan di pentas PLGFC bagi menghangatkan lagi bahang sambutan Gawai Dayak semasa bazar diadakan kali ini," tambahnya.

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman